About LM

Ditubuhkan pada 15.Mac.2011
Berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Nombor pendaftaran syarikat : SA0183262-T


Sepenuhnya milik bumiputra

Managing Director : Miya
Company Adviser : Darren Hakimi Xu Zhi Qian


Staff :-


Miya - Pengurusan
Zhou Ai Xin - Pereka Grafik, Jurugambar.
Nurul MasEdayu - Pengurus produk dan akaun.
Dania - Editor bahasa melayu
Hakimi Xu - Editor bahasa inggeris
Xiao xing - Editor bahasa cina.
Lia Diyana - Web Moderator & Customer Services
Michell - Chinese Language Web Moderator

Penulis :-

Shyra Amira
Miya Ryuiki
Hikari Leodunk
Yumiko Lee
Deanna Vin


Hello readers,


Walaupun LM bukan syarikat besar, saya rasa happy satu lagi impian saya tercapai iaitu nak menulis dan menjadi salah satu penerbit di Malaysia. Penerbit paling muda mungkin. ^^  Sebenarnya saya tak berniat nak bersaing dengan mana-mana syarikat pun. Kalau tak silap di malaysia ada ramai penerbit buku dan novel, walaupun saya tidak baca buku mereka, saya tahu mereka satu organisasi yang besar, yang diuruskan mereka yang lebih berpengalaman dan lebih dewasa dari saya. Walaupun saya baru 23 tahun, saya harap tiada orang yang memperkecilkan cara kerja saya sebagai seorang ketua.

LM Books Paradise adalah sebuah syarikat yang merealisasikan impian..juga sebuah persatuan yang kita boleh berkongsi segala-galanya. Sesebuah syarikat penerbitan atau apa-apa saja organisasi pasti ada gathering, saya tak nak sesi autograf, saya tak nak sesi bertemu penulis, saya tak nak sesi bergambar dan makan malam yang grand.. Sebab saya bukan seorang yang suka dikenali.Saya berharap sangat, tolong jangan cungkil maklumat peribadi saya. Saya bukan artis, betul tak? Bukan sombong, tapi tidak berminat.

Saya harap dengan wujudnya LM Books Paradise, saya boleh mengubah hidup orang lain, mengubah dunia.. oleh itu LM Books Paradise gathering adalah setiap 17Mei, pada hari itu kita akan buat kerja amal sebagai LM Books Paradise gathering. Samaada menjadi sukarelawan di pusat kebajikan masyarakat, membantu badan-badan tertentu mengumpul dana, atau mengelilingi bandar atau pantai dengan aktiviti save the earth, atau memberi makanan kepada kucing dan haiwan liar di bandar, ataupun mengadakan hari keluarga..ia lebih bermakna pada saya..Pembaziran adalah sesuatu yang menakutkan dalam hidup saya...majlis makan malam yang mahal terlalu meaning less. Ramai lagi yang kebuluran dekat luar sana. Saya tak sampai hati...anda juga kan? Menjalani cara hidup yang sederhana adalah sangat indah^^

Saya harap ia bukan suatu kesukaran kepada pembeli. Sebab pada saya semua pun simple dalam hidup ini. jika kita nak, kita boleh dapat.. tak ada istilah kita tak boleh dapat..sebab susah... ia bergantung kepada diri kita sendiri... susah dan mahal bukan satu sebab yang munasabah...kalau nak, apapun boleh..


Sincerely,
Miya
(LM Books Paradise Managing Director)