Join LM family

:: Syarat-syarat dan kelebihan menjadi sebahagian dari family LM Books Paradise ::

1.Karya mesti asli dan tak stereotype. Mesti sesuatu yang berbeza dan bermakna.Cerita yang biasa digunakan penulis sebagai tema, peluang untuk dipertimbangkan adalah tipis.

2.Dilarang menjadikan cerita berikut sebagai tema utama, ‘kahwin paksa’, ‘Kahwin kontrak’, ‘anjing dgn kucing’(mean..lelaki dingin dgn ppuan biasa yang suka bergaduh), ‘artis atau muzik’, ‘isteri yang menderita kerana suami curang atau orang ketiga’...’sesuatu yang menunjukkan perempuan lemah dan memalukan’..Boleh dimasukkan sebagai tema sokongan, tetapi sebagai tema utama DILARANG SAMA SEKALI.

3.Selepas menandatangani kontrak, karya akan jadi hak mutlak penerbit. (mean-penerbit no.1, penulis no.2 dalam segala hal)

4.karya yang sudah diterbitkan, jika penerbit berminat hendak mengalih bahasa, penerbit tidak perlu meminta kebenaran dr penulis. Tetapi penulis asal akan diberi saguhati, sebagai tanda persetujuan dan penghargaan walaupun mereka tidak terlibat dalam kerja-kerja pengalihan bahasa.

5.penulis yang berbakat tetapi tidak ada komputer peribadi di rumah, boleh hantar karya bertulis tangan, tetapi mesti sekemas yang mungkin ditulis atas kertas A4 bergaris. Jurutaip syarikat akan menaip untuk anda, 10% akan ditolak sebagai upah jurutaip pada enam bulan pertama, bermakna penulis biasa mendapat 30%, anda mendapat 20% sahaja pada enam bulan pertama. Pada bulan seterusnya seperti biasa. sila tetapkan temujanji untuk menghantar karya...(email - lmbooksparadise@gmail.com) utk temujanji.

6.semua penulis yang sudah menandatangani kontrak, mereka akan diberi keutamaan untuk diterbitkan, harus memberi karya kepada syarikat terlebih dahulu. Jika syarikat tidak berminat, mereka boleh menghantar ke mana-mana syarikat penerbitan lain.

7.setiap kali perayaan Tahun baru cina, mereka akan mendapat bonus mengikut purata jualan buku masing-masing untuk satu tempoh masa yang ditentukan pihak pengurusan.

8.ROYALTI-Penulis akan memperolehi 30% dari keuntungan bersih, Penerbit akan dapat 70% dari keuntungan bersih bagi sebuah buku.
(keuntungan bersih=Selepas tolak kos pencetakan+RM1 untuk sebuah buku bagi tujuan amal)

11.Buku biografi artis atau tokoh, mesti mendapat kebenaran bertulis dari syarikat artis tersebut atau dari pihak yang bertanggungjawab.
Bagi buku biografi, perbincangan akan dilakukan. Penulis hanya perlu siapkan isi lengkap. Bahagian rekabentuk akan menentukan rekabentuk buku, perbincangan bersama akan dilakukan.

10.Karya yang dihantar melalui email, harus menepati syarat di bawah. Jika tidak, akan melambatkan proses pertimbangan :
-ditaip dengan Times new roman, saiz 9.5
-bersaiz A4, potrait.
-line spacing 1.0
-kepanjangan setiap bab tidak kurang dari 1 mukasurat A4, tidak lebih dari 3 muka surat A4
-Kepanjangan karya mesti tidak kurang dari 50 mukasurat A4
-selang antara bab dengan bab yang lain-buka page baru. (mean setiap bab page baru)
-ayat sms tidak dibenarkan. (cth-je, suke, ske, die, kite, mne, ne,.....dll)
-dalam ayat ejaan penuh. (nak tak nak, acuh tak acuh...dll)
-dalam dialog, ayat biasa..(kat, ya, ke, kau, dia, sorang, aje, ni....dll)

11.Kami berminat untuk menerbitkan komik juga. sila tetapkan temujanji dan bawa karya anda untuk dinilai. lukisan di atas kertas A4 original, kemas, bersih, dan cerita yang menarik. lukisan potret tidak dibenarkan.. lukisan komik jepun dan muslimah sahaja diterima. jalan cerita boleh dibawa berbincang.

12. Terlebih dahulu sebelum menghantar karya penuh, Perlu hantar bab 1-5, rumusan seluruh cerita atau plot seluruh cerita, resume lengkap seperti biasa untuk mengisi jawatan kosong(berserta gambar di dalam resume tersebut),

13. Sila hantar ke email berikut :
Untuk karya bahasa melayu : lmbooksparadise@gmail.com
Untuk karya bahasa cina & Inggeris: darren_xuzhiqian@yahoo.com